SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

10:42 AM

Bicara Rakan Blog - Noraini (Yong)

Nama : Noraini Binti Yeop

Nama Singkatan : Anie

Tarikh Lahir : 18 / 11/ 1984

Cita-Cita : Menjadi Seorang Kaunselor Yang Berjaya Dan Berdedikasi

Alamat E-Mail : Aniesazali@Yahoo.Com

Hobi : Membaca Buku Dan Bermain Badminton
Blog yang mengutarakan tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini merupakan satu usaha yang sangat positif dalam menyampaikan input atau pengetahuan yang sangat berguna kepada umum mengenai peranan serta tanggungjawab sebenar yang dijalankan oleh unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Setiap individu yang melayari blog ini berpeluang untuk berkongsi pendapat mereka mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta di samping itu turut berpeluang untuk memperoleh maklumat serta info-info yang berguna melalui cadangan-cadangan serta perkongsian maklumat yang dibuat melalui blog ini. Setelah melayari blog ini serta melakukan perkongsian maklumat dan memberikan pandangan untuk penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, saya merasai satu kepuasan kerana setelah sekian lama saya ingin berkongsi pandangan serta pendapat tentang inisiatif-inisiatif yang boleh diambil untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Peluang untuk memberikan pandangan tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, telah saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berkongsi pandangan dan maklumat demi untuk mencapai dan menjadikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah lebih unggul dan cemerlang di masa hadapan. Saya amat berbangga dan gembira dengan penciptaan blog ini kerana dengan wujudnya blog ini ternyata ianya memberikan peluang yang sangat berharga kepada semua pihak di dalam membuat pelbagai perkongsian maklumat yang berguna tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sesungguhnya saya amat berbangga dengan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mewujudkan blog ini. Saya pasti blog ini akan terus mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak kerana ianya merupakan satu peluang keemasan kepada umum dalam memberikan mereka peluang untuk meluahkan segala pandangan serta pendapat mahupun pengetahuan yang berguna mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Memandangkan blog ini merupakan usaha yang positif, saya merasai adalah sewajarnya agar setiap individu yang menyedari tentang kewujudan blog ini dapat mewar-warkan blog ini kepada setiap golongan masyarakat supaya blog ini akan terus mendapat perhatian dan akan terus berperanan dalam memberikan maklumat yang sangat berguna kepada masyarakat. Saya juga berharap agar blog ini akan dapat dimantapkan lagi dari masa ke semasa dengan pengisian-pengisian yang lebih menarik. Di sini saya juga ingin menyatakan bahawa kewujudan blog ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan sesungguhnya dengan usaha yang murni tersebut, saya amat mengharapkan agar blog ini akan terus mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak. Pada masa akan datang, saya berharap dan mendoakan agar blog ini akan terus maju dan berjaya dalam mencapai matlamat dan tujuan penubuhannya.




10:38 AM

Bicara Rakan Blog - Fara

Nama : Nor Faradatul Asyikin bt Ghazali
Tarikh Lahir : 28 Disember 1984
Cita-cita : Kaunselor yang berjaya
Hobi : Membaca novel, surf internet, menonton televisyen dan mendengar radio.
Warna kegemaran : Warna lembut seperti hijau, biru, pink dan ungu.
Motto diri : Usaha, Tawakal, Sabar
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam memberikan dan menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pelajar sama ada disampaikan secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu, penubuhan blog berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah dijalankan ini telah memberikan banyak input yang berguna kepada diri saya khasnya dan juga kepada pengguna yang lain amnya. Melalui blog yang telah ditubuhkan ini akan dapat memberikan maklumat yang berguna kepada pelajar dan juga pengguna lain berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini. Hasil daripada penubuhan blog ini dapat memberikan pendedahan kepada diri saya tentang bagaimana untuk menubuhkan blog terutamanya dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Selain itu juga, ia juga dapat memberi idea kepada saya di mana untuk menjadi seorang kaunselor yang kreatif pelbagai perkara boleh dilakukan berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan di sekolah seperti penubuhan blog, laman web dan sebagainya. Penubuhan blog ini juga dapat memberikan gambaran dan idea kepada saya untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan boleh dilakukan secara kreatif dan inovasi seperti menubuhkan blog perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Selain itu juga, melalui penubuhan blog perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dapat mengeratkan hubungan di antara ahli kumpulan di mana ahli kumpulan saling bekerjasama dan berkongsi pendapat dan idea dalam membina blog ini. Situasi ini dapat mewujudkan hubungan permuafakatan di antara ahli dalam kumpulan di mana mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain. Saya juga mendapat manfaat yang berguna kerana dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dalam penubuhan blog ini kerana selama ini saya tiada pengalaman dalam membina blog. Hasil daripada tunjuk ajar dan bantuan rakan-rakan dapat meningkatkan kemahiran yang ada dalam diri saya dan seterusnya dapat diaplikasikan di sekolah kelak.

10:36 AM

Bicara Rakan Blog - Akma



Nama: Nor Akmal bt Mohd Saari
Umur: 25 tahun
Tarikh Lahir: 12 Mac 1984
Bil. Adik-beradik: anak ke 3 dari 5
Hobi: Bermain catur
Secara keseluruhannya, blog ini telah memberi banyak faedah dan manfaat kepada saya di mana saya telah memahami bagaimana untuk membuat blog. Kita perlu merancang dengan teliti dan sering berbincang dengan ahli kumpulan yang terlibat. Walaupun terdapat sedikit kesilapan yang telah kami lakukan semasa membuat blog ini namun, saya rasa gembira kerana dapat memperbaiki semula bersama-sama ahli kumpulan yang lain dalam menjayakan blog ini. Blog ini merupakan blog yang diberi nama excellent zone, ia membincangkan isu berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta pelawat boleh memberi cadangan dan pandangan dalam memperbaiki perkhidmatan ini. Saya telah memahami bahawa untuk menjayakan sesuatu blog ini bukannya mudah dan ia memerlukan masa dan rancangan yang sistematik dan bukannya melakukan sewenang-wenangnya untuk menyiapkan tugasan kami semata-mata. Saya telah memahami bahawa sebelum menubuhkan blog, kita perlu menjalankan secara berperingkat-peringkat sebelum blog ini dilaksanakan.
Sepanjang menjalankan tugasan ini saya telah mengenali banyak perkara yang baru iaitu cara membina blog dan lain-lain lagi. Blog ini memberi pendedahan kepada pelawat untuk berkongsi pandangan dan idea tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Saya juga dapat menilai tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah diutarakan oleh kawan-kawan yang memberi pendapat masing-masing di dalam komen blog ini. Selain itu, saya dapat mempelajari untuk menambahbaiki lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah kelak. Akhir sekali, saya ingin mengatakan bahawa saya bangga dan gembira dapat menjalankan tugasan ini bersama dengan ahli kumpulan saya yang lain.

10:20 AM

Bicara Rakan Blog - Noraini



Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ‘Excellent Zone’. Saya, Noraini binti Abdul Halil @ Abdul Halim iaitu selaku ahli kumpulan pencipta blog ini sangat mengalukan kehadiran anda semua ke laman web ini. Untuk pengetahuan para pembaca, pengisian di dalam blog ini adalah berkaitan dengan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan cadangan bagaimana meningkatkan perkhidmatan tersebut. Pada pandangan saya, pengisian blog ini merupakan suatu ruangan yang boleh memberi seribu makna kepada semua bakal-bakal kaunselor termasuk diri saya sendiri yang tidak lama lagi akan melangkah ke alam pekerjaan tersebut.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan saya sepanjang menyediakan blog ini. Sepanjang menyediakan blog ini, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu yang berguna dan bermanfaat. Ilmu ini dapat diperolehi kerana wujudnya kerjasama di antara ahli kumpulan. Saya sangat gembira kerana setiap ahli kumpulan sentiasa saling berkongsi pendapat dan idea dan ini memberi banyak input yang berguna dalam menghasilkan blog ini yang mana ianya boleh memberi pengetahuan yang bermakna kepada diri saya serta keseluruhan ahli masyarakat terutamanya kaunselor di sekolah. Walaupun pada peringkat awal penghasilan blog ini saya serta ahli yang lain terpaksa mengharungi pelbagai kekangan daripada aspek penyediaan bahan dan sebagainya, namun kekangan tersebut tidak mematahkan semangat saya dan ahli kumpulan untuk berputus asa. Kami tetap meneruskan hasrat kami untuk menghasilkan suatu ruangan yang boleh dikongsi bersama dengan anda semua mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Hal ini adalah berikutan input yang diperolehi daripada blog ini boleh memberi banyak manfaat kepada kaunselor di sekolah di dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara lebih berkesan dan efektif. Setiap luahan pelajar dan juga komuniti masyarakat sangat membantu kaunselor dalam merekabentuk, merancang serta membuat pcenambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan yang telah sedia ada. Ini secara tidak langsung akan membantu perkembangan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Melalui penghasilan blog ini juga, saya dapat mengetahui pengalaman, perasaan serta penerimaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pada pandangan saya, perkongsian ini akan dapat memberi banyak input kepada saya dan rakan-rakan yang bakal menghadapi alam pekerjaan sebagai kaunselor kelak. Ini kerana, banyak pandangan diterima daripada semua lapisan masyarakat memberi ruang untuk kaunselor memperbaiki dan memperkukuhkan lagi perlaksanaan unit bimbingan dan kaunseling.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang banyak memberi komen dan pandangan yang membina terhadap isu yang dibincangkan ini.

10:16 AM

Bicara Rakan Blog - Che Hamilah


Saya, Che Hamilah Binti Abu Bakar berasal daripada Jitra, Kedah. Sekarang saya merupakan pelajar semester 7 di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam jurusan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Blog yang kami hasilkan ini adalah bagi menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah dengan kerjasama ibu bapa, guru, pelajar dan juga masyarakat. Ini kerana pada hari ini, unit bimbingan dan kaunseling masih belum begitu dikenali oleh sesetengah warga sekolah. Oleh itu, pihak kami ingin mempromosikan uni bimbingan dan kaunseling ini bagi menaikan lagi martabatnya. Komen atau pendapat yang kami terima daripada pengunjung-pengunjung blog kami akan kami gunakan sebagai satu pedomen untuk penambahbaikkan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah.

10:08 AM

Bicara Rakan Blog - Noor Fariza Wahida

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ‘excellentzone’. Saya, Noor Fariza Wahida binti Ahmad iaitu merupakan salah seorang ahli kumpulan yang membangunkan blog ini. Saya sangat mengalukan kehadiran anda semua ke laman web ini. Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa’kan ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, kami seramai sepuluh orang telah diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menyiapkan blog ini. Setelah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang menjalani dan menyiapkan blog ini, berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan walaupun ianya masih terdapat kelemahan dan kekurangan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembikinan blog ini di atas segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan. Tanpa bantuan daripada semua yang memberi kerjasama dan sokongan tidak dapatlah kami melaksanakan blog ini dengan jayanya. Jasa kalian amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Dalam keghairahan dunia memasuki abad ke-21, manusia dikatakan semakin sibuk. Ketika semua sibuk membicarakan alam siber dan internet maka timbullah inisiatif kami untuk mewujudkan hubungan baru dalam proses menolong melalui blog ini. Ini kerana kami sedar peranan kaunselor telah berubah kerana pengaruh komunikasi yang canggih. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan dalam blog ini adalah ruang sembang (chatroom) , forum dan sistem pesanan ringkas (SMS). Blog ini menyediakan peluang untuk membincangkan dilema yang dihadapi oleh komuniti berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan bimbingan, konsultasi, maklum balas, dan sokongan.

Akhir kata, harapan saya agar tugasan ini dapat memberi sedikit manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada generasi akan datang dalam menambah pengetahuan dalam memantapkan profession kaunseling. Semoga blog ini dapat dijadikan panduan dan input yang berguna kepada semua pembaca. Sesungguhnya inilah pengalaman berharga buat diri saya apabila diberi kesempatan untuk mengenali, meneroka dan membangunkan perkhidmatan blog ini. Saya akan gunakannya agar dapat menjadi guru sekaligus kaunselor yang berdedikasi demi agama, bangsa dan negara. Insya Allah....Tibalah masanya untuk saya mengundurkan diri. Segala kekurangan adalah dari kelemahan diri saya sendiri dan segala kelebihan adalah datang dari-Nya, Allah S.W.T.

10:04 AM

Bicara Rakan Blog - Norzalita


Nama Norzalita Bt. Nordin. Dilahirkan dan menetap di Felda Pasoh 3, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan merupakan anak keempat. Ayah saya merupakan seorang peneroka felda dan ibu suri rumah sepenuh masa. Saya mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 dan pendidikan seterusnya adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Saya juga telah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Diploma Pembangunan Manusia. Kini, saya telah menyambung pengajian dalam Ijazah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Saya merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Hobi masa lapang saya adalah membaca novel, mendengar radio dan menonton televisyen. Impian saya semasa kecil adalah ingin menjadi peguam dan wartawan yang berjaya. Selepas melanjutkan pengajian diploma minat saya beralih arah kepada bidang kemasyarakatan. Saya amat berminat dengan bidang kemanusiaan dan sains sosial ini mungkin semasa di UPM saya banyak didedahkan dengan tugasan dan program yang berkaitan kemasyarakatan seperti melakukan tugasan bersama dengan pelajar Henry Gurney dan mengendalikan kegiatan kemasyarakatan bagi golongan yang kurang upaya dan sebagainya. Kini minat dan impian saya beralih arah kepada bidang kemasyarakatan kerana saya mempunyai cita-cita ingin mencurahkan khidmat dan tenaga saya di rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan kumpulan yang memerlukan bantuan dan sokongan. Insyaallah suatu hari nanti impian saya termakbul hendak Nya
Untuk menghasilkan blog ini bukan sesuatu yang mudah bagi diri saya. Ini merupakan satu pengalaman baru saya bagi melengkapkapkan diri dengan teknologi maklumat apabila saya perlu berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah kelak. Blog yang dihasilkan perlu ada penambahbaikan dari masa ke semasa kerana penambahbaikan yang dilakukan dapat menarik lebih ramai lagi pelawat yang mengunjungi blog ini. Ini merupakan salah satu blog yang melibatkan kumpulan sasaran yang pelbagai iaitu ibu bapa, guru, pelajar dan masyarakat berkaitan pendapat dan pandangan orang ramai berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah pada masa kini. Selain itu, cadangan mereka turut diambil yang berkaitan dengan penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Antara yang menarik dalam blog ini juga adalah orang ramai boleh menghantar pendapat dan cadangan mereka melalui email, sms dan chat room yang terdapat oada blog ini. Selain itu, blog ini juga kami turut meminta pendapat mereka melalui vote berkaitan pandangan mereka adakah ya atau blog ini membantu perkhidmtan bimbingan dan kaunseling di sekolah dan adakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu ada penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Pada pandangan saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tunjang kepada sekolah dalam meningkatkan pelbagai bidang yang terdapat di sekolah. Antara bidang tersebut adalah akademik, pembanggunan diri, psikososial dan kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS, kerjaya dan keibubapaan dan perngurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Justeru itu, kita dapat melihat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah melibatkan kumpulan sasaran yang pelbagai. Oleh yang demikian, pendapat dan cadangan mereka berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah perlu diberi perhatian supaya dapat mencapai objektif yang ingin dicapai. Blog ini merupakan satu medium yang sesuai kepada ibu bapa, guru, pelajar dan masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan cadangan mereka. Selain itu, kita juga dapat melihat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah begitu mencabar. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu mempunyai penambahbaikan dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan perkhidmatan tersebut di sekolah.