SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

11:03 PM

Apa cadangan anda untuk penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah?

17 comments:

Anonymous said...

Saya berharap, walaupun saya akan meninggalkan persekolahan yang hanya tinggal tidak beberapa bulan lagi. Namun saya berharap kaunseling di sekolah akan tetap diteruskan. Bimbingan dan kaunseling disekolah boleh ditingkatkan dengan menambahkan lagi bidang-bidang dan program yang lebih menarik. Kalau boleh, setiap program akan melibatkan semua pelajar dan tidak hanya tertumpu kepada pelajar yang cemerlang atau yang paling kurang cemerlang. Kebiasaannya pelajar yang berada pda tahap sederhana selalu kurang dilibatkan di dalam program yang dilaksanakan.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, seseorang tidak sepatutnya melabel seseorang sedemikian rupa. Tidak semestinya apabila kita berjumpa dengan kaunselor, kita digolongkan sebagai bermasalah. Kaunseling sebenarnya sesuai untuk semua orang tidak kira sama ada individu itu bermasalah atau pun tidak. Pada pandangan saya, masalah ini terjadi mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan kepada pelajar mengenai bimbingan dan kaunseing. Oleh sebab itu, pihak bimbingan dan kaunseling sepatutnya memberi pendedahan yang meluas dan mendalam kepada para pelajar supaya tidak berpandangan negatif kepada pelajar yang berjumpa dengan kaunselor secara sukarela ataupun tidak.

Anonymous said...

Cadangan saya bagi memperbaiki lagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ialah guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menjelaskan dengan lebih terperinci tentang fungsi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada pelajar. Ini kerana pelajar kita cepat mengaitkan sesi bertemu guru kaunseling dengan mengatakan mereka mempunyai masalah. Walhal setiap pelajar sebenarnya memerlukan bimbingan agar mereka sentiasa bermotivasi dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang tidak berfaedah. Bagi mereka yang mengalami masalah seperti kemurungan, trauma, gangguan emosi, dan masalah personaliti perlu dibimbing supaya tekanan tersebut tidak melarat hingga menjadi punca mereka mengalami simtom gangguan jiwa.Ika,Selangor

Anonymous said...

Cadangan saya bagi memperbaiki lagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ialah guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah mempunyai hubungan yang rapat dengan para pelajar. Ini kerana, masalah-masalah yang timbul biasanya mempunyai punca disebaliknya. Punca-punca inilah yang harus dicari dari mana datangnya. Mungkin pelajar-pelajar ini bermasalah kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa, faktor kemiskinan atau kerana mengikut kawan. Jika punca-punca ini dapat dikenalpasti, maka mudahlah untuk mengambil tindakan susulan. Selain itu, setiap guru harus mempunyai sikap prihatin terhadap pelajarnya. Pelajar-pelajar bermasalah ini kebiasaannya mempunyai kesedaran kendiri yang rendah. Kaunselor sekolah dan guru harus bekerjasama mengembalikan kesedaran kendiri mereka bahawa mereka tidaklah seteruk yang disangkakan. Mereka masih punya ruang dikalangan masyarakat di dalam mahupun di luar sekolah. Keprihatinan seseorang guru meninggalkan kesan yang besar bukan sahaja kepada kehidupan seseorang pelajar. Guru mampu mempengaruhi kehidupan seseorang pelajar. Guru yang bagus berjaya membentuk adab, mampu mencorakkan nilai murni di samping tugas utama membantu menguasai pelajaran.Leha, Kuala Lumpur

Anonymous said...

Tingkatkan lagi kemudahan infrastruktur di bilik bimbingan dan kaunseling untuk keselesaan setiap pengunjung. Zie, Selangor

Anonymous said...

Cadangan saya ialah supaya kaunselor mengadakan satu seminar kerjaya supaya kami lebih tahu tentang kerjaya-kerjaya yang dapat kami ceburi. Saya juga ingin mencadangkan supaya kaunselor dapat memberikan input dan maklumat berkaitan kerjaya dari semasa ke semasa dengan menampalnya di papan kenyataan. Dengan cara ini kami akan lebih mudah untuk mengetahui maklumat berkaitan kerjaya. Kaunselor juga boleh memberikan maklumat tentang kelayakan yang diperlukan untuk pelajar meneruskan pengajian dalam bidang yang diminatinya...Intan, Kuala Terengganu

Anonymous said...

Cadangan saya supaya kaunselor lebih memainkan peranan yang sepatutnya. Kaunselor perlu lebih rapat dengan pelajar dan perlu memainkan peranan. Kaunselor perlu adakan program yang bersesuaian dengan pelajar. Kaunselor perlu banyak masa dengan pelajar dan jalankan aktiviti yang boleh merapatkan kaunselor dan pelajar...Kasih, Kangar

Anonymous said...

Sediakan khidmat kerani yang profesional di kaunter pertanyaan dan pendaftaran. Faisal Senawang

Anonymous said...

1) Pada pandangan saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah saya pada ketika ini adalah baik. Saya tengok la kan kaunselor kurang berikan pendedahan tentang kerjaya kepada kami. Saya tak tahu sangat tentang kerjaya-kerjaya yang ada di Malaysia. Pada masa sekarang saya banyak mencari sendiri kerjaya-kerjaya yang ada. Selalunya kami hanya tahu tentang kerjaya-kerjaya yang biasa seperti polis, doctor, peguam dan sebagainya. Man, Senawang

Anonymous said...

Pada saya, saya kurang faham apa sebenanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kaunselor di sekolah saya tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Yusof, Perak

Anonymous said...

Pada pandangan saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ni bagus. Pelajar dapat berkongsi pelbagai masalah dan pandangan dengan guru kaunseling. Di sekolah saya pun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini juga ada ditawarkan. Saya pun sering berjumpa dengan guru kaunseling terutamanya pada waktu lapang dan juga waktu rehat. Farah, Melaka

Anonymous said...

Bagi saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini bukan sebagai tempat untuk berkongsi masalah, tapi juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan. Macam saya sendiri, saya berjumpa guru kaunselor sebab saya boleh mendaptkan maklumat berkaitan akademik seperti pemilihan mata pelajaran yang berkaitan dengan kesesuaian saya sebab saya konfius dalam memlih bidang yang bersesuaian dengan kemampuan saya. Jadi kaunselor dapat menolong pelajar seperti saya. Ikram, Perak

Anonymous said...

Cadangan saya agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat dipertingkatkan lagi dan memberi manfaat yang berguna kepada semua pelajar tidak kira yang bermasalah ataupun tidak. Selain itu, kaunselor juga perlu memainkan peranan penting supaya pelajar berminat untuk berkunjung ke bilik bimbingan dan kaunseling. Ikram, Perak

Anonymous said...

Cadangan saya ialah supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dipertingkatkan lagi dari segi pengurusannya supaya pelajar dapat berkunjung ke bilik bimbingan dan kaunseling dan dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Selain itu, kaunselor sekolah perlu menyediakan pelbagai program yang dapat menarik minat pelajar. Sarah, KL

Anonymous said...

Aktiviti atau program bimbingan dan kaunseling sekolah perlu lebih menarik dan kreatif supaya tidak mudah merasa bosan untuk menyertainya. Aktiviti yang diadakan boleh mencabar minda dan fizikal kami kerana kami mudah merasa mengantuk dengan hanya duduk sahaja mendengar ceramah.

Anonymous said...

Jadual pertemuan dengan kaunselor perlu lebih fleksibel dan bersesuaian supaya mudah untuk kami bertemu dengan kaunselor. Kedudukan bilik kaunseling perlu lebih dekat memudahkan kami untuk pergi ke bilik kaunseling dan ini tidak membuang masa kami. Lan, Perak

"Super Kaunselor" said...

untuk menjadi kaunselor yang terbaik dan menjadikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mantap hanya perlukan satu inovasi iaitu kami = Super Kaunselor ..

teruskan pembangunan bLog yang penuh manfaat ini..