SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

10:36 AM

Bicara Rakan Blog - Akma



Nama: Nor Akmal bt Mohd Saari
Umur: 25 tahun
Tarikh Lahir: 12 Mac 1984
Bil. Adik-beradik: anak ke 3 dari 5
Hobi: Bermain catur
Secara keseluruhannya, blog ini telah memberi banyak faedah dan manfaat kepada saya di mana saya telah memahami bagaimana untuk membuat blog. Kita perlu merancang dengan teliti dan sering berbincang dengan ahli kumpulan yang terlibat. Walaupun terdapat sedikit kesilapan yang telah kami lakukan semasa membuat blog ini namun, saya rasa gembira kerana dapat memperbaiki semula bersama-sama ahli kumpulan yang lain dalam menjayakan blog ini. Blog ini merupakan blog yang diberi nama excellent zone, ia membincangkan isu berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta pelawat boleh memberi cadangan dan pandangan dalam memperbaiki perkhidmatan ini. Saya telah memahami bahawa untuk menjayakan sesuatu blog ini bukannya mudah dan ia memerlukan masa dan rancangan yang sistematik dan bukannya melakukan sewenang-wenangnya untuk menyiapkan tugasan kami semata-mata. Saya telah memahami bahawa sebelum menubuhkan blog, kita perlu menjalankan secara berperingkat-peringkat sebelum blog ini dilaksanakan.
Sepanjang menjalankan tugasan ini saya telah mengenali banyak perkara yang baru iaitu cara membina blog dan lain-lain lagi. Blog ini memberi pendedahan kepada pelawat untuk berkongsi pandangan dan idea tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Saya juga dapat menilai tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah diutarakan oleh kawan-kawan yang memberi pendapat masing-masing di dalam komen blog ini. Selain itu, saya dapat mempelajari untuk menambahbaiki lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah kelak. Akhir sekali, saya ingin mengatakan bahawa saya bangga dan gembira dapat menjalankan tugasan ini bersama dengan ahli kumpulan saya yang lain.