SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

10:08 AM

Bicara Rakan Blog - Noor Fariza Wahida

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ‘excellentzone’. Saya, Noor Fariza Wahida binti Ahmad iaitu merupakan salah seorang ahli kumpulan yang membangunkan blog ini. Saya sangat mengalukan kehadiran anda semua ke laman web ini. Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa’kan ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, kami seramai sepuluh orang telah diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menyiapkan blog ini. Setelah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang menjalani dan menyiapkan blog ini, berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan walaupun ianya masih terdapat kelemahan dan kekurangan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembikinan blog ini di atas segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan. Tanpa bantuan daripada semua yang memberi kerjasama dan sokongan tidak dapatlah kami melaksanakan blog ini dengan jayanya. Jasa kalian amat kami hargai dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Dalam keghairahan dunia memasuki abad ke-21, manusia dikatakan semakin sibuk. Ketika semua sibuk membicarakan alam siber dan internet maka timbullah inisiatif kami untuk mewujudkan hubungan baru dalam proses menolong melalui blog ini. Ini kerana kami sedar peranan kaunselor telah berubah kerana pengaruh komunikasi yang canggih. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan dalam blog ini adalah ruang sembang (chatroom) , forum dan sistem pesanan ringkas (SMS). Blog ini menyediakan peluang untuk membincangkan dilema yang dihadapi oleh komuniti berkaitan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan bimbingan, konsultasi, maklum balas, dan sokongan.

Akhir kata, harapan saya agar tugasan ini dapat memberi sedikit manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada generasi akan datang dalam menambah pengetahuan dalam memantapkan profession kaunseling. Semoga blog ini dapat dijadikan panduan dan input yang berguna kepada semua pembaca. Sesungguhnya inilah pengalaman berharga buat diri saya apabila diberi kesempatan untuk mengenali, meneroka dan membangunkan perkhidmatan blog ini. Saya akan gunakannya agar dapat menjadi guru sekaligus kaunselor yang berdedikasi demi agama, bangsa dan negara. Insya Allah....Tibalah masanya untuk saya mengundurkan diri. Segala kekurangan adalah dari kelemahan diri saya sendiri dan segala kelebihan adalah datang dari-Nya, Allah S.W.T.