SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

10:20 AM

Bicara Rakan Blog - Noraini



Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ‘Excellent Zone’. Saya, Noraini binti Abdul Halil @ Abdul Halim iaitu selaku ahli kumpulan pencipta blog ini sangat mengalukan kehadiran anda semua ke laman web ini. Untuk pengetahuan para pembaca, pengisian di dalam blog ini adalah berkaitan dengan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan cadangan bagaimana meningkatkan perkhidmatan tersebut. Pada pandangan saya, pengisian blog ini merupakan suatu ruangan yang boleh memberi seribu makna kepada semua bakal-bakal kaunselor termasuk diri saya sendiri yang tidak lama lagi akan melangkah ke alam pekerjaan tersebut.
Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan saya sepanjang menyediakan blog ini. Sepanjang menyediakan blog ini, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu yang berguna dan bermanfaat. Ilmu ini dapat diperolehi kerana wujudnya kerjasama di antara ahli kumpulan. Saya sangat gembira kerana setiap ahli kumpulan sentiasa saling berkongsi pendapat dan idea dan ini memberi banyak input yang berguna dalam menghasilkan blog ini yang mana ianya boleh memberi pengetahuan yang bermakna kepada diri saya serta keseluruhan ahli masyarakat terutamanya kaunselor di sekolah. Walaupun pada peringkat awal penghasilan blog ini saya serta ahli yang lain terpaksa mengharungi pelbagai kekangan daripada aspek penyediaan bahan dan sebagainya, namun kekangan tersebut tidak mematahkan semangat saya dan ahli kumpulan untuk berputus asa. Kami tetap meneruskan hasrat kami untuk menghasilkan suatu ruangan yang boleh dikongsi bersama dengan anda semua mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Hal ini adalah berikutan input yang diperolehi daripada blog ini boleh memberi banyak manfaat kepada kaunselor di sekolah di dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara lebih berkesan dan efektif. Setiap luahan pelajar dan juga komuniti masyarakat sangat membantu kaunselor dalam merekabentuk, merancang serta membuat pcenambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan yang telah sedia ada. Ini secara tidak langsung akan membantu perkembangan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Melalui penghasilan blog ini juga, saya dapat mengetahui pengalaman, perasaan serta penerimaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pada pandangan saya, perkongsian ini akan dapat memberi banyak input kepada saya dan rakan-rakan yang bakal menghadapi alam pekerjaan sebagai kaunselor kelak. Ini kerana, banyak pandangan diterima daripada semua lapisan masyarakat memberi ruang untuk kaunselor memperbaiki dan memperkukuhkan lagi perlaksanaan unit bimbingan dan kaunseling.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang banyak memberi komen dan pandangan yang membina terhadap isu yang dibincangkan ini.