SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

10:04 AM

Bicara Rakan Blog - Norzalita


Nama Norzalita Bt. Nordin. Dilahirkan dan menetap di Felda Pasoh 3, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan merupakan anak keempat. Ayah saya merupakan seorang peneroka felda dan ibu suri rumah sepenuh masa. Saya mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 dan pendidikan seterusnya adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2. Saya juga telah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Diploma Pembangunan Manusia. Kini, saya telah menyambung pengajian dalam Ijazah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Saya merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Hobi masa lapang saya adalah membaca novel, mendengar radio dan menonton televisyen. Impian saya semasa kecil adalah ingin menjadi peguam dan wartawan yang berjaya. Selepas melanjutkan pengajian diploma minat saya beralih arah kepada bidang kemasyarakatan. Saya amat berminat dengan bidang kemanusiaan dan sains sosial ini mungkin semasa di UPM saya banyak didedahkan dengan tugasan dan program yang berkaitan kemasyarakatan seperti melakukan tugasan bersama dengan pelajar Henry Gurney dan mengendalikan kegiatan kemasyarakatan bagi golongan yang kurang upaya dan sebagainya. Kini minat dan impian saya beralih arah kepada bidang kemasyarakatan kerana saya mempunyai cita-cita ingin mencurahkan khidmat dan tenaga saya di rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan kumpulan yang memerlukan bantuan dan sokongan. Insyaallah suatu hari nanti impian saya termakbul hendak Nya
Untuk menghasilkan blog ini bukan sesuatu yang mudah bagi diri saya. Ini merupakan satu pengalaman baru saya bagi melengkapkapkan diri dengan teknologi maklumat apabila saya perlu berkhidmat sebagai kaunselor di sekolah kelak. Blog yang dihasilkan perlu ada penambahbaikan dari masa ke semasa kerana penambahbaikan yang dilakukan dapat menarik lebih ramai lagi pelawat yang mengunjungi blog ini. Ini merupakan salah satu blog yang melibatkan kumpulan sasaran yang pelbagai iaitu ibu bapa, guru, pelajar dan masyarakat berkaitan pendapat dan pandangan orang ramai berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah pada masa kini. Selain itu, cadangan mereka turut diambil yang berkaitan dengan penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Antara yang menarik dalam blog ini juga adalah orang ramai boleh menghantar pendapat dan cadangan mereka melalui email, sms dan chat room yang terdapat oada blog ini. Selain itu, blog ini juga kami turut meminta pendapat mereka melalui vote berkaitan pandangan mereka adakah ya atau blog ini membantu perkhidmtan bimbingan dan kaunseling di sekolah dan adakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu ada penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Pada pandangan saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tunjang kepada sekolah dalam meningkatkan pelbagai bidang yang terdapat di sekolah. Antara bidang tersebut adalah akademik, pembanggunan diri, psikososial dan kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS, kerjaya dan keibubapaan dan perngurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Justeru itu, kita dapat melihat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah melibatkan kumpulan sasaran yang pelbagai. Oleh yang demikian, pendapat dan cadangan mereka berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah perlu diberi perhatian supaya dapat mencapai objektif yang ingin dicapai. Blog ini merupakan satu medium yang sesuai kepada ibu bapa, guru, pelajar dan masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan cadangan mereka. Selain itu, kita juga dapat melihat bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah begitu mencabar. Oleh yang demikian, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu mempunyai penambahbaikan dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan perkhidmatan tersebut di sekolah.