SEKAPUR SIRIH....

Selamat Datang ke Blog Excellent Zone

Kami amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke blog Excellent Zone kami. Blog ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi, kecemerlangan dan penambahbaikan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kami berharap dengan melayari blog ini pengunjung blog akan mendapat maklumat walaupun sedikit. Dengan ikhlas kami berharap blog Excellent Zone ini akan dijadikan pintu masuk untuk membolehkan anda melihat apakah itu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir kata, pihak kami mengalukan-alukan pelayaran anda ke blog Excellent Zone kami.

Sekian, terima kasih.

11:34 PM

Apakah pandangan anda terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah pada hari ini?

11 comments:

Anonymous said...

Pada pandangan saya, bimbingan dan kaunseling di sekolah saya sangat menarik. Sepanjang saya berada di sekolah, banyak program yang saya ikuti. Program yang diadakan semuanya menarik dan beri banyak manfaat pada saya. Dahulu, saya seorang yang nakal dan selalu membuang masa.Saya juga pernah menjadi pelajar dirujuk oleh guru disipin atas.Kesalahan sealu ponteng kelas. Tetapi semenjak saya menjalani sesi kaunseling dengan kaunselor, saya mula berubah. Saya tidak lagi suka membuang masa. Kebanyakan masa saya dihabiskan dengan aktiviti yang berfaedah seperti saya lebih suka berbincang dengan rakan-rakan berkaitan dengan pembelajaran. Pada saya, perubahan saya ini adalah disebabkan sokongan kaunselor yang tidak jemu mendengar dan membimbing saya untuk menjadi seperti hari ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaunselor yang banyak berjasa kepada saya selama ini.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, bimbingan dan kaunseling sangat tidak menarik perhatian saya. Saya tidak berminat untuk pergi ke bilik kaunseling kerana apa yang saya tahu, kalau pergi ke bilik kaunseling orang itu adalah orang yang bermasalah. Pernah sekali saya diejek oleh rakan-rakan saya yang lain kerana pergi ke biik kaunseling. Kata mereka, saya ’budak jahat’ sebab pergi jumpa kaunselor. Sejak hari tu, saya rasa kaunseling hanya menambahkan masalah saya lagi. Saya rasa tertekan bila rakan-rakan cakap saya begitu.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah memberi banyak faedah kepada pelajar.Ianya tidak kira sama ada dari aspek akademik, sahsiah diri mahupun bidang kerjaya yang bakal diceburi oleh pelajar kelak. Melalui bimbingan dan nasihat, pelajar dapat memperbaiki kelemahan diri dan memperbetulkan kesilapan diri sekiranya mereka pernah tersasar daripada landasan yang betul. Selain daripada itu, melalui aspek pemilihan kerjaya di masa hadapan contohnya, pelajar akan mendapat maklumat yang tepat dan secara terperinci tentang sesuatu bidang kerjaya yang diminati daripada guru yang terlibat agar pelajar dapat melihat kesesuaian dan kebolehan diri mereka terhadap bidang kerjaya yang dipilih serta membantu mereka memperlengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang kerjaya yang diminati. Oleh yang demikian, ianya dapat mengelakkan pelajar salah memilih bidang kerjaya yang mungkin akan memberi kesan yang agak kurang baik terhadap diri mereka pada masa akan datang apabila meninggalkan alam persekolahan. Di samping itu, apabila pelajar memperolehi bimbingan dan nasihat terutamanya yang berkaitan dengan moral dan tingkah laku ianya dapat membentuk peribadi dan jati diri yang unggul kerana kesedaran yang diberikan oleh guru bagi membimbing mereka dalam memilih cara atau jalan yang betul dan lurus.

Anonymous said...

Pada pendapat saya, perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mempunyai banyak kepentingan. Kepentingan bimbingan dan penasihatan dapat dilihat juga dari aspek penyesuaian diri di mana pelajar perlu dibantu dari sudut perkembangan dan sahsiah peribadi. Dalam menyesuaikan diri, seseorang itu memerlukan bantuan pakar untuk memperoleh pencapaian optimum dan penyesuaian yang sesuai dengan diri mereka untuk melengkapi sesuatu aspek kehidupan. Justeru itu, guru perlu membimbing pelajar untuk mencapai beberapa kemahiran untuk tingkah laku seperti menerapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran perhubungan serta komunikasi interpersonal untuk memudahkan mereka memahami dan menghormati diri sendiri dan orang lain. Kemahiran ini amat penting diterapkan di dalam diri setiap pelajar supaya mereka dapat berinteraksi dengan baik dan bersosial dengan cara yang sihat. Ini adalah kerana setiap pelajar perlu menyesuaikan tingkah laku mereka dengan keadaan dan persekitaran di tempat yang mereka berada. Ika Selangor

Anonymous said...

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah memberi peluang kepada pelajar supaya dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan. Zie, Selangor

Anonymous said...

Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah memberi saya keselesaan di dalam mendapatkan khidmat guru yang boleh membantu saya untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang saya hadapi sebagai seorang pelajar. Faisal, Senawang

Anonymous said...

Pada pandangan saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah saya pada ketika ini adalah baik. Saya tengok la kan kaunselor kurang berikan pendedahan tentang kerjaya kepada kami. Saya tak tahu sangat tentang kerjaya-kerjaya yang ada di Malaysia. Pada masa sekarang saya banyak mencari sendiri kerjaya-kerjaya yang ada. Selalunya kami hanya tahu tentang kerjaya-kerjaya yang biasa seperti polis, doktor, peguam dan sebagainya...jeff, kuala selangor

Anonymous said...

Pada saya, saya kurang faham apa sebenanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kaunselor di sekolah saya tidak memainkan peranan yang sepatutnya..Dr Love, Kota Bharu

Anonymous said...

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu lebih sentiasa mewujudkan satu program yang tidak membosankan seperti terlalu banyak ceramah atau teknik-teknik menjawab soalan dan sebagainya. Sham, Selangor

Anonymous said...

Sukar untuk berjumpa dengan kaunselor sebab masa untuk bertemu dengan kaunselor kadang-kadang semasa waktu tengah belajar dalam kelas. Lagipun bilik kaunseling terlalu jauh dengan kelas menyukarkan kami untuk pergi ke sana. Mie, Seremban

Anonymous said...

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah perlu ada penambahbaikan di masa akan datang.